MESYUARAT PENGURUSAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH SEREMBAN BIL. 1 TAHUN 2025

SEREMBAN, 11 APRIL 2025 – Mesyuarat Pengurusan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban Bil. 1/2025 telah berlangsung pada 11 April 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban (PBSD Seremban).
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban, dan menjadi platform utama bagi menyelaras perancangan serta memperkukuh strategi pelaksanaan program untuk tahun ini.
Dalam mesyuarat ini juga, pihak pejabat merakamkan ucapan selamat datang dan selamat bertugas kepada tiga anggota baharu yang menyertai pasukan PBSD Seremban:
 (Tengah) Pn Fairuz binti Mohamad Nor, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Unit Pembangunan Belia), yang sebelum ini berkhidmat di PBSD Rembau.
 (Kanan) Pn Reena Nornisha binti Nordin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Unit Pembangunan Sukan), yang berpindah dari PBSD Port Dickson.
 (Kiri) En Mohd Khushairi bin Zainal, Pembantu Belia dan Sukan (Unit Pembangunan Rakan Muda), yang berpindah dari PBSD Kuala Pilah.
Pihak pejabat percaya bahawa pengalaman dan kepakaran yang dibawa oleh anggota baharu ini akan menyuntik nafas segar serta memperkaya usaha pembangunan belia dan sukan di daerah Seremban.
Selain itu, mesyuarat turut memberi penekanan terhadap kepentingan perancangan awal bagi menjamin kelangsungan tugas serta memastikan pengurusan pejabat berjalan lancar sepanjang tahun. Fokus turut diberikan kepada aspek pengurusan, pentadbiran, kewangan serta pemerkasaan hubungan strategik dengan pihak berkepentingan dan komuniti setempat. Perbincangan mengenai perancangan program pembangunan Sukan, Belia dan Rakan Muda yang akan dilaksanakan juga turut dibincangkan.
Kesepaduan dalam pasukan serta penerapan budaya kerja yang positif dan harmoni merupakan tunjang utama dalam merealisasikan matlamat bersama. Adalah diharapkan agar semua pegawai dan kakitangan PBSD Seremban terus mengekalkan komitmen, saling menyokong antara satu sama lain, dan kekal profesional dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#PBSDSeremban

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search