- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 102
Majlis Iftar dan Pertukaran Kakitangan PBSD Seremban
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 102
27 Mac 2025, Seremban - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban (PBSD Seremban) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa yang turut disertakan dengan sesi penghargaan bagi kakitangan yang akan berpindah ke lokasi baharu. Majlis ini dihadiri oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban, Puan Cindy Usun Sigau, bersama seluruh warga PBSD Seremban termasuk Encik Mohd Rasdi bin Ahmaddani, Puan Nor Azlina binti Abdul Karim, Encik Khushairi bin Zainal, Puan Nor Aslinda binti Yaakob dan ahli keluarga.
Dalam suasana yang penuh kemesraan, para hadirin menikmati juadah berbuka puasa sambil mengeratkan hubungan silaturahim antara rakan sejawat. Selain itu, majlis ini turut menjadi kesempatan untuk menghargai jasa dua kakitangan yang telah banyak menyumbang kepada PBSD Seremban:
Encik Mohd Rasdi bin Ahmaddani yang akan berpindah ke PBSD Tampin
Puan Nor Azlina binti Abdul Karim yang akan berkhidmat di Kompleks Belia dan Sukan Paroi
Kedua-dua mereka telah menyampaikan ucapan yang menyentuh hati, mengenang pengalaman serta sumbangan mereka sepanjang bertugas di PBSD Seremban. Walaupun perpisahan ini membawa rasa sayu, kami yakin mereka akan terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang di tempat baharu.
Majlis ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara warga kerja tetapi juga memberikan ruang untuk memahami dan menghormati nilai kebersamaan, khususnya dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada Encik Mohd Rasdi dan Puan Nor Azlina atas segala sumbangan mereka. Semoga terus maju jaya dalam perjalanan baharu!