- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 139
𝗣𝗘𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔𝗜 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱 /𝟭𝟰𝟰𝟲𝗛
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 139
- 20 Mac 2025 (Khamis)
- Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Kuala Lumpur
Peserta Negeri Sembilan mengambil bahagian dalam Pertandingan Hafazan (Kategori Lelaki & Perempuan), Nasyid dan Azan sempena Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) WP Kuala Lumpur hari ini.
Saudari Al Khansa binti Norhelmi (SMKA Dato' Hj. Abu Hassan Hj Sail, Rembau) telah merangkul gelaran Naib Johan Hafazan (Kategori Perempuan).
Manakala Kumpulan Soutul Muhazzirin (SMA Hj. Mohd Yatim, Rembau) turut menjadi Naib Johan Pertandingan Nasyid yang menyaksikan persaingan sengit 11 kumpulan keseluruhan.
Turut menyertai pertandingan Nasyid ialah Kumpulan Azra Voices (SMK Felda Palong 7, Jempol) dan Kumpulan Purnama (MRSM Kuala Klawang, Jelebu).
Peserta Pertandingan Hafazan Lelaki mewakili Negeri Sembilan ialah Saudara Ahmad Huzaifah bin Mohd Shahrulnizam (SMA Dato Hj. Tan Ahmad, Jelebu) tetap berpuas hati dengan pengalaman pertama menyertai program Rakan Muda Ramadan Peringkat Kebangsaan 2025.
Seorang lagi peserta Negeri Sembilan ialah Saudara Muhammad Nafiz Naufal (SMA Repah, Tampin) telah menyertai Pertandingan Azan.
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YB Tuan Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Hadir bersama memberikan sokongan ialah Encik Ahmad Sharifuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang dan semua peserta yang mengambil bahagian mewakili Negeri Sembilan kali ini.
#MalaysiaMADANI
#JBSNKomited
#rakanmuda
#yakinboleh
#RakanEkspresi
#Ramadan2025
#jbsn9