KONTINJEN KELANTAN TAMPIL PENUH SEMANGAT, LIGA SUKAN WARGA EMAS KEBANGSAAN 2026 MELABUHKAN TIRAI!

BUKIT JALIL, 16 November 2026 – Kejohanan Liga Sukan Warga Emas Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 akhirnya melabuhkan tirai dengan penuh kemeriahan dan semangat kesukanan selepas berlangsung selama tiga hari bermula 14 hingga 16 November 2026.

Majlis Penutupan Rasmi telah disempurnakan oleh YB Tuan Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, yang turut menyaksikan semangat juang, komitmen serta kesungguhan atlet warga emas daripada seluruh negara sepanjang kejohanan berlangsung.

Kontinjen Negeri Kelantan telah memberikan komitmen dan aksi terbaik menerusi penyertaan dalam tiga acara yang dipertandingkan, iaitu dart, petanque dan tenpin boling. Walaupun berdepan persaingan sengit daripada kontinjen negeri lain, para atlet Kelantan tetap mempamerkan semangat juang, disiplin dan kesungguhan yang tinggi sehingga ke penghujung kejohanan. Kontinjen Kelantan berjaya meraih tempat keempat dalam sukan tenpin boling kategori individu wanita.

Semangat kesukanan, ukhuwah serta pengalaman yang dikutip sepanjang kejohanan pastinya menjadi kenangan bermakna buat seluruh kontinjen. Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua atlet, pengurus pasukan serta barisan urus setia Kontinjen Negeri Kelantan atas segala usaha, pengorbanan dan komitmen yang telah diberikan dalam mengharumkan nama negeri.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #LigaSukanWargaEmas #LSWE2026 #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-11-2026, 21:32:57

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search