- JBS Kelantan
- Hits: 9
WAN SITI SULIHAH BINTI WAN SALLEH TERPILIH SEBAGAI AHLI PARLIMEN BELIA MALAYSIA NEGERI KELANTAN SESI 2026-2028
- JBS Kelantan
- Hits: 9
PASIR PUTEH, 10 NOVEMBER 2026 – Tahniah diucapkan kepada Saudari Wan Siti Sulihah binti Wan Salleh atas pemilihan beliau sebagai Ahli Parlimen Belia Malaysia bagi Negeri Kelantan untuk sesi 2026–2028, mewakili Parti Generasi Progresif (PGP) Kelantan. Anak kelahiran Kampung Kulim, Pasir Puteh ini pernah memenangi tempat ketiga Kategori Individu Wanita Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026.
Pemilihan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap penglibatan dan komitmen beliau dalam membawa suara serta aspirasi golongan belia, khususnya anak muda di Negeri Kelantan.
Sebagai wakil belia Kelantan, beliau diharapkan dapat memainkan peranan aktif dalam menyuarakan pandangan, memperjuangkan kepentingan dan mengetengahkan idea serta cadangan yang mampu memberi manfaat kepada pembangunan belia dan masyarakat.
Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti dan semangat kepimpinan demi masa depan generasi muda.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
