- JBS Kelantan
- Hits: 8
PROGRAM FIRST RESPONDER LIFE SUPPORT (FRLS) LEVEL 1 TINGKAT KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS BELIA PASIR MAS
- JBS Kelantan
- Hits: 8
BACHOK, 31 OKTOBER 2026 – Seramai 35 orang belia telah menyertai Program First Responder Life Support (FRLS) Level 1 yang berlangsung di Sri Chap Resort, Bachok.
Program anjuran Kelab Rakan Muda Parlimen Pasir Mas dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas serta Majlis Belia Jajahan Pasir Mas ini bertujuan memberikan pendedahan kepada golongan belia mengenai pengetahuan dan kemahiran asas pertolongan cemas.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas.
Sepanjang program berlangsung, para peserta diberikan pendedahan berkaitan asas pertolongan cemas serta kepentingan tindakan awal dalam menghadapi situasi kecemasan. Pengetahuan ini amat penting bagi membolehkan belia bertindak dengan lebih yakin dan bersedia untuk memberikan bantuan awal kepada mangsa sementara menunggu ketibaan pasukan penyelamat atau petugas kesihatan.
Penganjuran program ini diharap dapat melahirkan golongan belia yang bukan sahaja aktif dalam aktiviti kesukarelawanan, malah mempunyai pengetahuan dan kemahiran praktikal yang boleh dimanfaatkan demi kesejahteraan masyarakat setempat.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #rakanmuda #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
