- JBS Kelantan
- Hits: 9
PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI DAERAH PASIR PUTEH SIRI 2/2026 MERIAHKAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA DI IPD PASIR PUTEH
- JBS Kelantan
- Hits: 9
PASIR PUTEH, 12 OKTOBER 2026 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti Daerah Pasir Puteh Siri 2/2026 telah berlangsung dengan meriah di Dataran Simba, IPD Pasir Puteh, bersempena Program Gaya Hidup Sihat sempena Hari Sukan Negara Peringkat IPD Pasir Puteh pada 11 Oktober 2026.
Program ini berjaya menarik penyertaan seramai 380 orang yang terdiri daripada anggota polis dan orang awam. Aktiviti senamrobik yang dikendalikan oleh KBSi Abe Awie menjadi antara pengisian utama yang menyemarakkan suasana program.
Pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi turut diadakan antaranya pertandingan bidas/lastik, dart, bola tampar, petanque dan sepak raga bagi menggalakkan penyertaan aktif serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan peserta.
Program ini diketuai oleh YDH Supt Saari bin Yaacob, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, dan turut dihadiri oleh Encik Amreezal bin Abd Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.
Penganjuran program ini diharapkan dapat memupuk budaya hidup sihat, mengeratkan hubungan antara anggota polis dengan masyarakat serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
