KEJOHANAN PETANQUE BEREGU BAWAH 19 TAHUN PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026 HIMPUNKAN 270 PESERTA

PENGKALAN CHEPA, 16 Oktober 2026 – Kejohanan Petanque Beregu Bawah 19 Tahun Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 anjuran Kelab Boules Kolej Vokasional Pengkalan Chepa telah berlangsung hari ini di Gelanggang Petanque KV Pengkalan Chepa.

Kejohanan ini menghimpunkan seramai 270 peserta yang terdiri daripada 50 pasukan pelajar lelaki, 40 pasukan pelajar wanita dan 45 pasukan kategori staf terbuka. Penganjuran ini bertujuan menggalakkan penglibatan dalam sukan petanque, memupuk semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan peserta. Kejohanan ini turut mendapat sokongan melalui peruntukan Dana Sukan Komuniti (DSK) berjumlah RM7,000 bagi membantu menjayakan pelaksanaan program.

Majlis perasmian pembukaan kejohanan telah disempurnakan oleh En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan; Ts. Mat Ali bin Ismail, Pengarah Kolej Vokasional Pengkalan Chepa; serta En. Wan Razali bin Wan Daud, Ketua Jaminan Kualiti Kolej Vokasional Pengkalan Chepa merangkap PIC kejohanan.

Penganjuran kejohanan ini diharap dapat terus memartabatkan sukan petanque di negeri Kelantan, di samping mencungkil bakat baharu dan melahirkan peserta yang berdisiplin, berdaya saing serta mengamalkan gaya hidup aktif.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #HariSukanNegara #HSN2026 #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search