KURSUS LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) KOMUNITI ORANG ASLI SIRI 1 PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2026 PERKASA KEMAHIRAN SUKAN KOMUNITI

JELI, 16 Oktober 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli serta Pejabat Kemajuan Orang Asli Daerah Jeli telah menganjurkan Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Komuniti Orang Asli Siri 1 Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 yang berlangsung hari ini di Dewan Serbaguna Sungai Rual, Jeli.

Program yang melibatkn seramai 53 orang peserta, terdiri daripada 28 peserta bagi sukan bola jaring yang berlangsung pada sesi pagi dan 25 peserta bagi sukan sepak takraw pada sesi petang.

Pelaksanaan Siri 1 ini memberi penekanan kepada pengenalan sukan serta pembelajaran kemahiran asas dan teknik yang betul dalam kedua-dua acara. Sesi latihan dikendalikan oleh pegawai teknikal bertauliah yang dilantik bagi memastikan peserta memperoleh pendedahan dan bimbingan yang bersesuaian.

Penganjuran program ini merupakan antara usaha berterusan JBSNK dalam memperluas akses kepada aktiviti sukan dalam kalangan komuniti Orang Asli, di samping memupuk minat, meningkatkan kemahiran serta menggalakkan pengamalan gaya hidup aktif dan sihat.

Diharapkan pelaksanaan kursus ini dapat menjadi platform kepada pembangunan bakat sukan di peringkat akar umbi serta menggalakkan penglibatan komuniti Orang Asli secara lebih aktif dalam aktiviti sukan di Negeri Kelantan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #HariSukanNegara #HSN2026 #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search