PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI PASIR MAS 2026 SIRI 3 MERIAH DENGAN AKTIVITI SENAMROBIK

PASIR MAS, 15 Oktober 2026 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti Pasir Mas 2026 Siri 3 telah berlangsung dengan meriah bertempat di Dewan Iltizam, Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas, pada pagi ini.

Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi itu melibatkan penyertaan kira-kira 65 orang peserta yang bersama-sama menjayakan aktiviti senamrobik bagi menggalakkan amalan gaya hidup aktif dan sihat.
Aktiviti senamrobik dikendalikan oleh KBSi Saiful yang berjaya mewujudkan suasana ceria dan bertenaga melalui pergerakan senaman yang menarik serta bersesuaian untuk para peserta.

Turut menyertai aktiviti tersebut ialah Dr. Najihah Mahfuzah binti Zakaria, Pegawai Kesihatan Daerah Pasir Mas bersama-sama Encik Mohd Sarimat bin Salleh dan Encik Mohd Faidhi bin Mohd Noor daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas. Kehadiran mereka mencerminkan sokongan terhadap usaha membudayakan aktiviti fizikal dan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja serta komuniti setempat.

Penganjuran program ini merupakan antara usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan melalui aktiviti fizikal dan senaman secara konsisten.

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan bagi menggalakkan lebih ramai masyarakat mengamalkan gaya hidup aktif, sihat dan cergas.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search