KUNJUNG HORMAT DAN PERBINCANGAN BERSAMA PENGETUA SMK BUNUT SUSU BAGI PELAKSANAAN PROGRAM DARI BELIA UNTUK BELIA PERINGKAT DAERAH PASIR MAS 2026

PASIR MAS, 14 OKTOBER 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pasir Mas telah mengadakan sesi kunjung hormat dan perbincangan bersama Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bunut Susu, Encik Kamal Ruzaman bin Hassan, bagi membincangkan persiapan pelaksanaan Program Dari Belia untuk Belia Peringkat Daerah Pasir Mas 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 28 Oktober 2026 bertempat di SMK Bunut Susu.

Sesi perbincangan tersebut diketuai oleh Encik Mazlan bin Mohd Arffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, bersama beberapa orang pegawai PBSD Pasir Mas. Turut hadir ialah Pengerusi Kelab Rakan Muda Lestari Bandar Pasir Mas bersama setiausahanya.

Pertemuan ini bertujuan membincangkan perancangan, penyelarasan serta persiapan program bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada kerjasama strategik antara pihak sekolah, PBSD Pasir Mas dan Kelab Rakan Muda Lestari Bandar Pasir Mas dalam menjayakan program yang memberi manfaat kepada golongan belia, khususnya para pelajar.

Program Dari Belia untuk Belia adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia berhubung bahaya keterlibatan dalam isu sosial yang semakin meruncing.

Diharapkan jalinan kerjasama yang dibincangkan melalui sesi kunjung hormat ini dapat memperkukuh hubungan antara agensi dan pihak sekolah serta menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan Program Dari Belia untuk Belia Peringkat Daerah Pasir Mas 2026.

#TeamJBSN #TeamJBSNKelantan #MalaysiaMadani #DariBeliaUntukBelia

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search