- JBS Kelantan
- Hits: 4
‘MACHE UNITY FUN RUN 2026’ MERIAHKAN SEMANGAT PERPADUAN BELIA DI MACHANG
- JBS Kelantan
- Hits: 4
MACHANG, 14 Oktober 2026 – Program ‘Mache Unity Fun Run 2026’ telah diadakan pada 10 Oktober 2026 di Pondok Hidayah Batu 30, Machang, Kelantan, dengan melibatkan larian santai sejauh 5 kilometer (5 KM). Program ini dianjurkan oleh Kelab Belia Bandar Machang dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang.
Penganjuran program ini bertujuan untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan belia, di samping memupuk semangat perpaduan, kerjasama serta mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta dan komuniti setempat.
‘Mache Unity Fun Run 2026’ turut menjadi platform untuk menghimpunkan golongan belia dan masyarakat melalui aktiviti sukan rekreasi yang santai, menyeronokkan dan inklusif. Penganjuran seumpama ini diharap dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan fizikal dan mental serta membudayakan aktiviti riadah sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian.
Diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu inisiatif untuk melahirkan golongan belia yang aktif, bersatu padu dan berdaya saing, sekali gus menyumbang kepada pembangunan komuniti yang lebih sejahtera di daerah Machang.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
