HARI SUKAN NEGARA KUALA KRAI SEMARAK BUDAYA HIDUP AKTIF

KUALA KRAI – Kira-kira 700 peserta memeriahkan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Kuala Krai 2026 di Dataran Dataran KK Square, pada 10 Oktober 2026, bagi membudayakan aktiviti sukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Jajahan Kuala Krai, Yang Amat Berusaha Encik Mohd Shaifudeen Bin Md Saleh. Dalam ucapannya, beliau berkata, “Hari Sukan Negara bukan sekadar sambutan tahunan, sebaliknya wadah untuk membudayakan sukan sebagai sebahagian daripada kehidupan masyarakat demi meningkatkan kesihatan, kecergasan, disiplin, dan perpaduan.

Beliau turut menyeru masyarakat agar bersama-sama menangani gejala buli dengan memupuk sikap saling menghormati, prihatin dan berani bertindak. Kepentingan menjaga kesihatan mental serta memberikan sokongan kepada individu yang berdepan tekanan turut ditekankan.

Antara aktiviti yang diadakan ialah “Krey Run 2026 kategori 7km dan 3km”, Berjalan Ria MADANI, sukan tradisional seperti congkak dan batu seremban serta aktiviti interaktif memanah dan karom.
Penganjuran HSN Peringkat Daerah Kuala Krai 2026 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Bandar Kuala Krai diharap dapat menggalakkan masyarakat menjadikan aktiviti fizikal sebagai rutin sepanjang tahun, sekali gus membina komuniti Kuala Krai yang lebih aktif, sihat, prihatin dan sejahtera.

Disediakan Oleh :
Urus Setia Portal
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai

#TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #teamPBSDKualaKrai #RakanMuda

Taufiq Johari
Mordi Bimol
JBSNegara
KBSMalaysia
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search