- JBS Kelantan
- Hits: 6
KREY RUN 2026 HIMPUN 500 PELARI PELBAGAI USIA
- JBS Kelantan
- Hits: 6
KUALA KRAI – Seramai lebih 500 peserta menyertai Krey Run 2026 sempena Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Kuala Krai di KK Square, di sini. Pelepasan larian disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Yang Berhormat Hilmi bin Abdullah. Hadir sama dalam majlis tersebut Ahli Parlimen Kuala Krai, Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman di iringi Pegawai Belia dan Sukan, Puan Rosnani binti Haji Zawawi.
Krey Run menawarkan dua jarak larian, iaitu 3km dan 7km, dengan acara 7km dipertandingkan mengikut empat kategori umur, iaitu Rising Star Runner (12 tahun ke bawah), Youth Runner (13 hingga 30 tahun), Active Runner (31 hingga 59 tahun) dan Golden Runner (60 tahun ke atas). Pemenang bagi setiap kategori lelaki dan wanita menerima hadiah wang tunai RM150 untuk tempat pertama, RM100 bagi tempat kedua dan RM50 bagi tempat ketiga.
Sambutan positif turut dizahirkan menerusi harapan pengunjung agar Krey Run diteruskan pada tahun hadapan dan dijadikan acara tahunan, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat pelbagai peringkat usia untuk menyertai aktiviti larian serta mengamalkan gaya hidup sihat.
Disediakan Oleh :
Urus Setia Portal
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
#TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #teamPBSDKualaKrai #RakanMuda
Taufiq Johari
Mordi Bimol
KBSMalaysia
JBSNegara
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
belia.my
