- JBS Kelantan
- Hits: 6
PORT HEALING RAKAN PRIHATIN SEDIA RUANG SELAMAT UNTUK BELIA KUALA KRAI
- JBS Kelantan
- Hits: 6
KUALA KRAI — Program Port Healing Rakan Prihatin Peringkat Daerah Kuala Krai 2026 menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran belia mengenai kepentingan kesihatan mental, pencegahan buli dan sokongan rakan sebaya.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Bandar Kuala Krai (KRAMB2K) itu berlangsung di Dataran KK Square, dengan penyertaan 100 peserta menerusi pelbagai aktiviti santai dan interaktif.
Antara pengisian utama ialah Color Therapy: Biar Warna Bercerita yang dikendalikan Pegawai Psikologi Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Kuala Krai, Puan Noor Farisa Sahab, bagi memberi ruang kepada peserta mengekspresikan perasaan melalui warna dan corak.
Program itu turut menampilkan sesi Pocket Talk: Kau OK Ke? yang membincangkan kesejahteraan emosi dan kepentingan mendapatkan sokongan. Sesi berkenaan dikendalikan oleh Ustazah Najat Mat Nor, Pengerusi Kelab Beliawanis Halwanis Kuala Krai, sebagai moderator, manakala Ustaz Muhammad Danisy Shah Zan, Pegawai Dakwah Pejabat Agama Jajahan Kuala Krai, bertindak sebagai panel. Suasana program turut dimeriahkan dengan persembahan iringan oleh kumpulan 3+2 Buskers.
Penganjuran program itu diharap dapat memupuk nilai empati, sikap saling menghormati dan keberanian dalam kalangan belia untuk bersuara, membantu rakan yang memerlukan serta bersama-sama membendung budaya buli.
Disediakan Oleh :
Urus Setia Portal
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
#TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #teamPBSDKualaKrai #RakanMuda
Taufiq Johari
Mordi Bimol
KBSMalaysia
JBSNegara
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
belia.my
