KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT DAERAH KUALA KRAI TAHUN 2026

KUALA KRAI — Dewan Serbaguna Kampung Bechah Salak telah menjadi lokasi Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Daerah Kuala Krai pada tahun ini.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai dengan kerjasama Kelab Bolasepak Kuala Krai (KBSK) bertujuan menyerlah bakat baru dalam sukan sepak takraw disamping memupuk semangat kesukanan dalam kalangan peserta telah berjaya menghimpunkan sebanyak 24 regu.

Puan Rosnani binti Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai telah hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Johan telah diungguli oleh Pemuda A dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500.00 manakala Naib Johan disandang oleh Pemuda B dengan hadiah wang tunai sebanyak RM300.00.

Johan dan Naib Johan akan mewakili Daerah Kuala Krai bertanding di Peringkat Negeri Kelantan pada hujung Oktober nanti.

Disediakan Oleh :
Urus Setia Portal
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai

#TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #teamPBSDKualaKrai #RakanMuda

Mordi Bimol
KBSMalaysia
JBSNegara
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search