- JBS Kelantan
- Hits: 14
LAWATAN KE RERUAI MERIAHKAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA (HSN) PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 14
KOTA BHARU, 10 Oktober 2026 – Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 berlangsung meriah di perkarangan AEON Mall Kota Bharu dengan pelbagai aktiviti menarik serta pameran daripada rakan strategik yang turut memeriahkan sambutan tersebut.
Majlis perasmian telah diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Mulia Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan; YB Zamakhshari bin Muhamad, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan; YB Dr. Hafidzah binti Mustakim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama; YBrs Dr. Wan Nur Ibtisam binti Wan Ismail, Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan; En. Amir Hamzah bin Awang Ghazali, Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia; serta En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Selesai majlis perasmian, para tetamu kehormat turut meluangkan masa mengadakan lawatan ke reruai-reruai pameran dan aktiviti yang disediakan. Lawatan ini memberi peluang kepada para tetamu untuk melihat dengan lebih dekat pelbagai produk, perkhidmatan serta pengisian interaktif yang menyokong usaha mempromosikan amalan gaya hidup aktif dan budaya bersukan dalam kalangan masyarakat.
Antara rakan strategik yang turut mengambil bahagian ialah Yaya Empire, iMedikel, JDMH Motor, HitFat, Fitness Concept, Bateriku.com, Unifi, Pro Apparel dan Al-Ikhsan Sports. Penglibatan rakan strategik ini bukan sahaja memeriahkan sambutan, malah mencerminkan komitmen dan kerjasama erat pelbagai pihak dalam memperkukuh pembangunan sukan serta membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan merakamkan penghargaan kepada semua rakan strategik, agensi, organisasi dan pihak yang terlibat atas sokongan serta kerjasama dalam menjayakan sambutan ini.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #HariSukanNegara #HSN2026 #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
