KARNIVAL SUKAN INSPIRE OKU AKTIF MERIAHKAN SAMBUTAN HSN PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026

KOTA BHARU, 10 Oktober 2026 – Karnival Sukan Inspire OKU Aktif Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 berlangsung meriah hari ini di AEON Mall Kota Bharu, bersempena Sambutan Hari Sukan Negara 2026 Peringkat Negeri Kelantan.
Karnival ini mempertandingkan dua acara utama, iaitu Sukan Stacking Relay 3-6-3 Berkumpulan dan 3 on 3 Street Soccer bagi kategori lelaki dan wanita. Penyertaan bagi setiap acara dan kategori dihadkan kepada lapan kumpulan bagi memastikan pertandingan berjalan lancar dan teratur.

Sebelum pertandingan bermula, para peserta turut menyertai aktiviti senamrobik di pentas utama bersama-sama pengunjung dan peserta lain, sekali gus menyemarakkan semangat kesukanan serta menggalakkan amalan gaya hidup aktif.
Bagi kedua-dua acara, pemenang membawa pulang hadiah wang tunai iaitu RM200 untuk johan, RM150 untuk naib johan dan RM100 bagi setiap pasukan tempat ketiga bersama beserta cek cura.

Penganjuran karnival ini mencerminkan komitmen Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dalam memperluas peluang penglibatan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam aktiviti sukan, di samping memupuk keyakinan diri, semangat berpasukan dan gaya hidup sihat.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #HariSukanNegara #HSN2026 #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search