SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2026 PERINGKAT NEGERI KELANTAN SEMARAKKAN BUDAYA SUKAN DAN GAYA HIDUP AKTIF

KOTA BHARU, 10 Oktober 2026 – Sambutan Hari Sukan Negara 2026 Peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung pada hari ini bertempat di perkarangan AEON Mall Kota Bharu, Kelantan, sebagai usaha berterusan untuk membudayakan sukan dan menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup aktif serta sihat.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Hadir sama YB Zamakhshari bin Muhamad, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan, YBrs Dr. Wan Nur Ibtisam bin Wan Ismail, Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, YBrs En. Amir Hamzah bin Awang Ghazali, Setiausaha Bahagian Pembangunan KBS, En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bersama barisan kepimpinan negeri dan persekutuan, wakil jabatan dan agensi kerajaan, persatuan sukan, persatuan belia serta masyarakat setempat.

Sambutan ini menjadi platform untuk menyemarakkan semangat kesukanan dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian. Pelbagai pengisian sukan dan kecergasan turut menjadi medium untuk menggalakkan penyertaan masyarakat daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

Penganjuran HSN 2026 juga mencerminkan komitmen Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dalam memperluas peluang penyertaan sukan kepada masyarakat, di samping memupuk semangat perpaduan, mengeratkan hubungan silaturahim dan membina komuniti yang lebih sihat serta sejahtera.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan berharap agar sambutan ini dapat menyuntik semangat kepada masyarakat untuk menjadikan aktiviti sukan dan kecergasan sebagai amalan berterusan, bukan sekadar dilakukan ketika berlangsungnya program atau sambutan tertentu.

Melalui semangat Sukan Untuk Semua, Hari Sukan Negara terus menjadi wadah penting dalam membentuk masyarakat yang aktif, cergas dan bersatu padu, selaras dengan aspirasi melahirkan rakyat Malaysia yang sihat dan aktif.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #HariSukanNegara #HSN2026 #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search