- JBS Kelantan
- Hits: 10
MAJLIS PERASMIAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DAERAH PASIR MAS 2026 MERIAH DAN PENUH SEMANGAT!
- JBS Kelantan
- Hits: 10
PASIR MAS, 10 Oktober 2026 – Majlis Perasmian Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Pasir Mas 2026 telah berlangsung dengan meriah pada jam 9.30 pagi bertempat di Dataran Bandar Baru Pasir Mas, Lubok Jong.
Majlis telah dirasmikan oleh YABrs. Tuan Fazrul bin Mohd Basari, Ketua Jajahan Pasir Mas, yang turut menyempurnakan gimik perasmian dengan menendang bola ke arah para pengunjung sebagai simbolik kepada semangat kesukanan, perpaduan dan galakan kepada masyarakat untuk terus mengamalkan gaya hidup aktif.
Turut berada di pentas ialah Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, serta Sdr. LSr Nik Ikhwan Haqim bin Datuk LSr Dr. Haji Hanafi, Ketua Majlis Belia Jajahan Pasir Mas.
Majlis turut dihadiri oleh ketua-ketua dan wakil agensi kerajaan Persekutuan serta Negeri di Daerah Pasir Mas yang bersama-sama memberikan sokongan terhadap usaha membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat.
Penganjuran Hari Sukan Negara ini menjadi platform untuk menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti fizikal dan sukan, di samping memupuk semangat perpaduan, mengeratkan hubungan komuniti serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat.
#TeamKBS #TeamJBSN #TeamJBSNKelantan #HSN2026 #harisukannegara #MalaysiaMadani #MalaysiaAktif #rakanmuda
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
belia.my
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
Majlis Belia Jajahan Pasir Mas
