- JBS Kelantan
- Hits: 10
KSTKC JUARA KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP KELANTAN PERINGKAT DAERAH PASIR MAS 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 10
PASIR MAS, 10 OKTOBER 2026 – Pasukan KSTKC muncul juara Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kelantan Peringkat Daerah Pasir Mas 2026 yang menyaksikan penyertaan sebanyak 24 pasukan.
Kejohanan ini dianjurkan oleh Kelab Sepak Takraw Kekabu dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas bagi menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti sukan serta mencungkil bakat baharu dalam sukan sepak takraw.
Pasukan KBG Badak A berjaya meraih naib johan, manakala KBG Badak B dan W OMST masing-masing berkongsi tempat ketiga. Pasukan johan menerima wang tunai sebanyak RM500, naib johan menerima RM300, manakala kedua-dua pasukan yang berkongsi tempat ketiga masing-masing menerima RM200. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas.
Kejohanan ini turut menjadi platform untuk mengembangkan potensi pemain, memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti sukan setempat.
Pasukan KSTKC selaku johan dan KBG Badak A selaku naib johan turut melayakkan diri ke Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Negeri Kelantan yang dijangka berlangsung pada November 2026.
#TeamJBSN #TeamJBSNKelantan #MalaysiaMadani #MalaysiaAktif #harisukannegara #sepaktakraw
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
belia.my
