- JBS Kelantan
- Hits: 9
PROGRAM PORT HEALING RAKAN PRIHATIN PERINGKAT DAERAH PASIR MAS 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 9
PASIR MAS, 10 OKTOBER 2026 – Program Port Healing Rakan Prihatin Peringkat Daerah Pasir Mas 2026 telah berlangsung di Dataran Bandar Baru Pasir Mas, Lubok Jong dengan penyertaan seramai 100 orang belia.
Program ini bertujuan menyediakan ruang kepada golongan belia untuk mendapatkan maklumat, meningkatkan kesedaran serta menggalakkan penglibatan positif dalam aktiviti kemasyarakatan.
Antara pengisian utama program ialah Ceramah Cegah Buli yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai kesedaran, kesan dan langkah pencegahan gejala buli dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan belia.
Selain itu, program turut diserikan dengan pameran oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pasir Mas bagi memberikan maklumat serta meningkatkan kesedaran belia mengenai isu sosial dan kesejahteraan komuniti.
Diharapkan program seumpama ini dapat memupuk nilai positif, mengukuhkan hubungan sesama belia serta melahirkan generasi muda yang prihatin, bertanggungjawab dan bebas daripada gejala sosial.
#TeamJBSN #TeamJBSNKelantan #rakanmuda #MalaysiaMadani #RakanPrihatin
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
belia.my
