PBSD BACHOK DIKUNJUNGI JAWATANKUASA PERWAKILAN TINGKATAN ENAM (JPTE) BACHOK

BACHOK, 30 Ogos 2026 – Usaha memperkukuh jaringan kerjasama antara sektor pembangunan belia dengan institusi pendidikan terus diperkasakan menerusi Pertemuan Jawatankuasa Tingkatan Enam Daerah Bachok bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bachok yang berlangsung di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok baru-baru ini.

Pertemuan tersebut dipengerusikan oleh Puan Azma binti Yahya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok bersama Jawatankuasa Perwakilan Tingkatan Enam (JPTE) Bachok. Agenda utama yang dibincangkan ialah usaha memperluas penglibatan pelajar dalam program pembangunan sahsiah, kepimpinan, kesukarelawanan, gaya hidup sihat serta aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh PBSD Bachok dan rakan strategik di peringkat daerah. Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan usaha pendaftaran keahlian Kelab Rakan Muda Bandar Bachok dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam sebagai salah satu platform untuk menggalakkan golongan muda terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti pembangunan belia.

Saudara Abdul Rahman selaku Yang Dipertua JPTE Bachok berkata, ‘Pertemuan ini turut menjadi platform untuk menyelaras perancangan program bersama antara PBSD Bachok dan Jawatankuasa Tingkatan Enam Daerah Bachok agar pelaksanaan aktiviti pada masa akan datang dapat disusun dengan lebih sistematik serta memberi impak yang lebih besar kepada golongan muda’.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search