- JBS Kelantan
- Hits: 47
PBSD BACHOK PERKUKUH GERAK KERJA, SELARAS AGENDA BELIA DAN SUKAN DAERAH
- JBS Kelantan
- Hits: 47
BACHOK, 30 Ogos 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bachok terus memperkukuh kecekapan pengurusan serta penyampaian perkhidmatan menerusi Mesyuarat Pengurusan PBSD Bachok yang berlangsung di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok baru-baru ini.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Puan Azma binti Yahya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok, dengan memberi tumpuan kepada penyelarasan gerak kerja, pemantauan pelaksanaan program serta perancangan aktiviti yang melibatkan pembangunan belia, sukan, rakan muda dan juga bahagian pentadbiran di peringkat daerah.
Puan Azma dalam mesyuarat tersebut turut menekankan kepentingan kerja berpasukan, komunikasi berkesan dan penyelarasan antara unit bagi memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan secara teratur, mengikut sasaran serta memberi manfaat kepada golongan belia dan komuniti setempat. Mesyuarat pengurusan secara berkala ini menjadi platform penting kepada warga PBSD Bachok untuk menilai pencapaian semasa, mengenal pasti isu serta tindakan penambahbaikan.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
