RAKAN PRIHATIN BACHOK SATUKAN BELIA DEMI KOMUNITI DAN ALAM

BACHOK, 30 Ogos – Semangat kesukarelawanan dalam kalangan generasi muda terus diperkukuhkan menerusi Program Rakan Prihatin: Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda (Sosial dan Pasca Bencana) Peringkat Daerah Bachok Tahun 2026 Siri 1 yang berlangsung di Bikut Gunong, Bachok baru-baru ini.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok itu menghimpunkan golongan belia dan sukarelawan dalam aktiviti pembersihan kawasan sebagai usaha menyemai budaya prihatin terhadap alam sekitar, di samping memperkukuhkan semangat kerjasama serta tanggungjawab sosial dalam kalangan masyarakat.

Majlis pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Puan Azma binti Yahya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok. Turut hadir ialah Encik Abd Aziz bin Nor, Pegawai Unit Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok. Dalam ucapannya, Puan Azma berkata, penglibatan golongan muda dalam aktiviti kesukarelawanan merupakan satu platform penting dalam membentuk generasi yang mempunyai nilai keprihatinan, tanggungjawab dan semangat kebersamaan. “Golongan belia merupakan aset penting negara dan mereka perlu sentiasa bersedia untuk tampil menyumbang kepada masyarakat. Program seperti ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta untuk melakukan kerja-kerja kemasyarakatan, malah mendidik mereka supaya lebih peka terhadap kepentingan menjaga alam sekitar dan kesejahteraan komuniti,” katanya.

Program ini turut mendapat kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gunong, Bachok sebagai rakan strategik dalam menjayakan pelaksanaan program. Penganjuran Program Rakan Prihatin Siri 1 ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada pelaksanaan siri-siri kesukarelawanan seterusnya, sekali gus memperluaskan penglibatan belia dalam aktiviti kemasyarakatan dan pemeliharaan alam sekitar di daerah Bachok.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search