TIGA HARI BINA KOMPETENSI, 30 BELIA BACHOK PERKASA ORGANISASI

BESUT, 30 Ogos 2026 – Seramai 30 orang peserta daripada pertubuhan belia di Daerah Bachok telah menyertai Program Pengurusan Organisasi (PPO) Peringkat Daerah Bachok Tahun 2026 yang berlangsung selama tiga hari bermula 16 hingga 18 Ogos 2026 bertempat di Kompleks Rakan Muda Besut, Terengganu baru-baru ini.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok ini merupakan satu inisiatif dalam memperkukuhkan keupayaan pemimpin pertubuhan belia khususnya dalam aspek pengurusan, pentadbiran dan tadbir urus organisasi yang lebih sistematik serta berkesan.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Puan Nurdalila binti Mohamad Khali, Timbalan Pengarah (Belia), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Turut hadir semasa majlis perasmian tersebut adalah Puan Azma binti Yahya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok, Encik Yusof bin Mat Nor, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Besut selaku tuan rumah serta Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat yang turut berperanan sebagai Ketua Fasilitator Program PPO Peringkat Daerah Bachok 2026.

Semasa ucapan perasmian, Puan Nurdalila berkata, ‘Usaha berterusan seperti ini amat penting dalam memastikan barisan kepimpinan belia sentiasa bersedia menghadapi perubahan dan cabaran semasa, sekali gus memperkukuhkan peranan golongan belia sebagai rakan strategik dalam pembangunan masyarakat dan negara’.

Sepanjang tiga hari pelaksanaan program, para peserta telah diberikan pendedahan dan pengisian berkaitan pengurusan organisasi, kepimpinan, tadbir urus pertubuhan, pengurusan dokumentasi serta pelaporan organisasi. Melalui pendekatan pembelajaran secara teori dan praktikal, peserta didedahkan kepada kepentingan kepimpinan yang berkesan serta keperluan mengamalkan tadbir urus yang baik dalam memastikan pertubuhan belia terus relevan dan mampu memberi manfaat kepada masyarakat.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search