- JBS Kelantan
- Hits: 65
YOUNG HEROES @ RAKAN MAHIR CREATIVE BOOTCAMP KELANTAN 2026 MELABUHKAN TIRAI
- JBS Kelantan
- Hits: 65
KOTA BHARU, 27 Ogos 2026 – Program Young Heroes @ Rakan Mahir Creative Bootcamp Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penuh semangat dan meriah selepas berlangsungnya persaingan sengit melibatkan 8 kumpulan yang berentap bagi merebut gelaran Champion Young Heroes Kelantan.
Program yang memberi penekanan kepada pembangunan kreativiti, inovasi, bakat serta potensi ekonomi kreatif belia ini menyaksikan setiap kumpulan menampilkan idea, kreativiti dan hasil projek masing-masing dalam usaha merebut tempat terbaik untuk mewakili Negeri Kelantan ke peringkat kebangsaan.
Kumpulan Rona-Rona akhirnya dinobatkan sebagai Juara / Champion Young Heroes Kelantan 2026 selepas berjaya menampilkan idea dan persembahan yang kreatif serta meyakinkan.
Kejayaan tersebut melayakkan Kumpulan Rona-Rona membawa nama Negeri Kelantan ke peringkat akhir Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada akhir Oktober 2026. Tahniah dan syabas diucapkan atas pencapaian membanggakan ini!
Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Program Young Heroes @ Rakan Mahir telah disempurnakan oleh En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir ialah Puan Farasyila Diana Kamarudin, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pembangunan Ekonomi, Jabatan Belia dan Sukan Negara, serta Puan Nurdalila binti Mohamad Khali, Timbalan Pengarah Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Program ini membuktikan bahawa belia Kelantan mempunyai idea, bakat dan kreativiti yang mampu diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. Young Heroes bukan sekadar pertandingan, tetapi menjadi platform untuk mencungkil potensi belia dalam membina idea kreatif, mengenal peluang ekonomi dan industri kreatif serta berani tampil sebagai pencipta perubahan.
Daripada idea kepada aksi. Daripada kreativiti kepada peluang. Daripada Kelantan menuju pentas kebangsaan!
Tahniah Kumpulan Rona-Rona!
Bawa nama Kelantan, cipta kejayaan di pentas kebangsaan!
Taufiq Johari
Mordi Bimol
KBSMalaysia
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
belia.my
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
#YoungHeroes2026
#RakanMahir
#CreativeBootcamp
#YoungHeroesKelantan
#ChampionYoungHeroes
#KelantanMeneraju
#BeliaKelantan
#JBSNKelantan
#KBS
#EkonomiKreatif
#DariKelantanKePentasKebangsaan
Disediakan oleh urusetia media Bahagian Pembangunan Belia, JBSN Kelantan
