PROGRAM DARI BELIA UNTUK BELIA PERKASA PERANAN GENERASI MUDA DI DAERAH TUMPAT

TUMPAT, 27 Ogos 2026 – Program Dari Belia Untuk Belia Peringkat Daerah Tumpat telah dilaksanakan pada 26 Ogos 2026 bertempat di Dewan Seminar, Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat melibatkan penyertaan seramai 50 orang.
Program anjuran bersama Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat dengan kerjasama Kelab Belia Wira Berjaya (Wijaya) ini merupakan program secara fizikal dengan tumpuan pelaksanaan program advokasi/kempen/pendidikan/latihan dan lain-lain yang bersesuaian dengan memfokuskan kepada pelaksanaan program intervensi dalam usaha mengurangkan keterlibatan belia dalam isu serta permasalahan sosial.

Kerjasama dari agensi-agensi kerajaan iaitu Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Tumpat dan Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat telah dijadikan sebagai komponen utama supaya program lebih menyeluruh dan memberi manfaat kepada belia.
Inisiatif ini diharap dapat memperkukuh jaringan antara belia, pertubuhan belia dan agensi berkaitan, sekali gus melahirkan lebih ramai pemimpin belia yang proaktif, berdaya saing dan bersedia menjadi penggerak pembangunan komuniti.
Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Haji Zulkifli bin Mat Ail, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat (Sektor Pembangunan Murid) dan turut dihadiri oleh Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search