- JBS Kelantan
- Hits: 18
PROGRAM OUTDOOR LEADERSHIP CAMP CABAR DIRI BINA KEPMPINAN
- JBS Kelantan
- Hits: 18
TUMPAT, 24 Ogos 2026 – Program Outdoor Leadership Camp anjuran Kelab Belia Wira Berjaya (Wijaya) dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat telah diadakan pada 21 hingga 22 Ogos bertempat di Camp Seri Kluang, Besut, Terengganu.
Program ini telah berjaya dilaksanakan sebagai platform pembangunan belia yang memberi penekanan kepada aspek kepimpinan, ketahanan diri, komunikasi dan kerja berpasukan menerusi aktiviti luar yang mencabar serta berasaskan pengalaman.
Antara pengisian program termasuklah aktiviti eksplorasi alam, aktiviti rekreasi serta tugasan berkumpulan bagi menguji keupayaan peserta mengurus cabaran dan menyelesaikan tugasan secara bersama.
Selain itu, aktiviti luar turut memberi ruang kepada peserta meningkatkan keyakinan diri, membina disiplin serta membentuk sikap saling membantu dalam menghadapi sesuatu cabaran. Setiap tugasan yang dilaksanakan menjadi medan kepada peserta untuk mengenal pasti kekuatan diri dan potensi kepimpinan masing-masing.
Diharapkan pengalaman yang diperoleh sepanjang Program Outdoor Leadership Camp dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian, khususnya dalam penglibatan peserta bersama organisasi belia, komuniti dan aktiviti kesukarelawanan.
Majlis penutup dan penyampaian sijil kepada para peserta telah disempurnakan oleh Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat
