TAKLIMAT KEMASKINI BUKU LOG PROGRAM ARPRM PERKUKUH DOKUMENTASI AKTIVITI RAKAN MUDA

MACHANG, 26 Ogos 2026 – Satu Taklimat Kemaskini Buku Log Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Makmal Komputer Bestari, Sekolah Menengah Sains Machang.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Zaharuddin bin Zainal, Pegawai Pembangunan Rakan Muda, dengan memberi penekanan terhadap kemas kini serta kaedah pengisian buku log Program ARPRM yang lebih teratur, tepat dan sistematik.
Sesi taklimat ini bertujuan memastikan para peserta dan pihak yang terlibat memahami keperluan dokumentasi program, di samping meningkatkan kualiti rekod aktiviti yang dilaksanakan. Penekanan turut diberikan terhadap kepentingan buku log sebagai medium merekod perjalanan aktiviti, penglibatan peserta serta pencapaian program.

Taklimat ini diharapkan dapat membantu memastikan pengurusan dan dokumentasi Program ARPRM dilaksanakan dengan lebih kemas, tersusun dan berkesan, selaras dengan matlamat pembangunan serta penglibatan aktif golongan Rakan Muda.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search