- JBS Kelantan
- Hits: 18
PERBINCANGAN PENUBUHAN KELAB DAN PERSATUAN BELIA SERTA SUKAN DI DAERAH TANAH MERAH
- JBS Kelantan
- Hits: 18
Tanah Merah, 26 Ogos 2026 – Satu sesi perbincangan berkaitan cadangan penubuhan pertubuhan, kelab atau persatuan belia dan sukan di Daerah Tanah Merah telah diadakan bagi memberi pendedahan serta penerangan mengenai tatacara penubuhan organisasi tersebut.
Dalam sesi berkenaan, Encik Ahmad Ridhwan bin Zazani, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah, telah memberikan penerangan kepada Saudara Rosmadi bin Haji Wahab, Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan Masjid Mukim (JKAMM) Masjid Al-Hidayah, Mukim Bukit Mas mengenai proses dan keperluan yang perlu dipenuhi bagi menubuhkan sesebuah kelab atau persatuan belia dan sukan.
Penerangan tersebut meliputi perkara-perkara berkaitan tatacara penubuhan, penyediaan dokumen, struktur organisasi serta proses pendaftaran pertubuhan mengikut peraturan dan ketetapan yang ditetapkan.
Usaha penubuhan kelab atau persatuan seperti ini dilihat mampu memperkukuh penglibatan belia di peringkat akar umbi di samping mewujudkan sebuah organisasi yang lebih tersusun bagi merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti berimpak kepada komuniti.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah sentiasa mengalu-alukan usaha masyarakat setempat untuk menubuhkan pertubuhan belia dan sukan sebagai salah satu medium memperkasakan golongan belia serta menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat dalam komuniti.
Diharapkan perbincangan ini dapat menjadi langkah awal ke arah penubuhan sebuah kelab atau persatuan yang aktif dan berdaya saing serta mampu memberi manfaat kepada belia dan masyarakat di sekitar Mukim Bukit Mas, Daerah Tanah Merah.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
