PENDAFTARAN BARBER BATTLE DAN PERTANDINGAN DOODLE ART MERIAHKAN PROGRAM Y-HUB DI GELANGGANG SENI KOTA BHARU

KOTA BHARU, 22 Ogos 2026 – Program Y-Hub: YOUTH Gathering & YOUTH Bazaar yang berlangsung di Gelanggang Seni Kota Bharu hari ini terus meriah dengan pelbagai aktiviti menarik yang mengetengahkan bakat, kreativiti dan potensi golongan belia.

Antara pengisian yang sedang berlangsung ialah pendaftaran bagi Barber Battle dan Pertandingan Doodle Art, yang membuka ruang kepada anak muda untuk menyerlahkan kemahiran serta kreativiti masing-masing dalam bidang yang dekat dengan industri kreatif dan gaya hidup belia masa kini.

Barber Battle memberi peluang kepada peserta yang mempunyai kemahiran dalam seni dandanan rambut untuk mengetengahkan teknik, kreativiti dan hasil kerja terbaik mereka dalam suasana pertandingan yang kompetitif serta menyeronokkan.
Sementara itu, Pertandingan Doodle Art pula menjadi platform kepada peserta untuk mengekspresikan idea dan imaginasi melalui karya seni doodle yang kreatif, unik dan tersendiri.

Program Y-Hub turut menghimpunkan golongan belia dalam suasana santai melalui konsep YOUTH Gathering dan YOUTH Bazaar, selain menyediakan ruang interaksi, jaringan serta peluang mengetengahkan produk dan bakat anak muda.
Penganjuran aktiviti seperti ini selari dengan usaha memperkasa belia melalui pengembangan bakat, kreativiti dan kemahiran yang berpotensi dikembangkan sebagai kerjaya serta sumber pendapatan dalam industri kreatif.

Orang ramai khususnya golongan belia sekitar Kota Bharu dan Kelantan adalah dialu-alukan untuk hadir memeriahkan Program Y-Hub: YOUTH Gathering & YOUTH Bazaar di Gelanggang Seni Kota Bharu serta menyokong bakat dan kreativiti anak muda tempatan.

Y-Hub – Himpun, Cipta, Serlahkan Potensi Belia!

Disediakan oleh : Urusetia Media
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search