- JBS Kelantan
- Hits: 19
MESYUARAT PENYELARASAN TEKNIKAL PROGRAM Y-HUB: YOUTH GATHERING & YOUTH BAZAR SERTA MADANI GLOW WALK
- JBS Kelantan
- Hits: 19
KOTA BHARU, 18 Ogos 2026 – Mesyuarat Penyelarasan Teknikal Program Y-Hub: Youth Gathering & Youth Bazar serta MADANI Glow Walk telah diadakan hari ini di Bilik Mesyuarat Aras 1, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) yang dipengerusikan oleh Puan Nurdalila binti Mohamad Khali, Timbalan Pengarah (Belia) JBSNK.
Fokus Perbincangan:
* Penyelarasan Program: Membincangkan persiapan teknikal dan logistik bagi memastikan kelancaran program Y-Hub: Youth Gathering & Youth Bazar (MADANI Glow Walk)
* Penglibatan Belia: Merangka strategi menarik lebih ramai usahawan muda dan penggiat belia menyertai reruai jualan serta aktiviti sepanjang program berlangsung.
* Kerjasama Strategik: Memperkemas peranan setiap jawatankuasa pelaksana daripada pelbagai agensi dan rakan strategik.
Pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan komited memastikan program ini menjadi platform terbaik untuk memperkasakan ekonomi dan perhimpunan golongan belia di negeri ini.
Disediakan oleh :
Urusetia Media Bahagian Pembangunan Belia
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
Taufiq Johari Mordi Bimol KBSMalaysia Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBSNegara belia.my Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
#Yhub #YouthGathering #youthbazar
#rakanniaga #RakanMahir
