- JBS Kelantan
- Hits: 36
MAJLIS PENUTUP BENGKEL PENGUKUHAN SEKRETARIAT RAKAN MUDA INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (SRM IPT) NEGERI KELANTAN DAN PAHANG
- JBS Kelantan
- Hits: 36
KOTA BHARU, hari ini – Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, telah menyempurnakan Majlis Penutup Bengkel Pengukuhan Sekretariat Rakan Muda Institut Pengajian Tinggi (SRM IPT) Peringkat Negeri Kelantan dan Pahang yang berlangsung dengan jayanya, sekali gus menandakan berakhirnya program yang bertujuan memperkasakan kepimpinan belia di institusi pengajian tinggi.
Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai pengisian yang memberi penekanan kepada aspek kepimpinan, pengurusan organisasi, komunikasi berkesan serta penyediaan kertas projek. Turut diadakan sesi ceramah daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memberikan pendedahan mengenai kepentingan integriti, tadbir urus yang baik serta peranan pemimpin muda dalam membudayakan amalan antirasuah.
Dalam ucapannya, Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria menzahirkan penghargaan kepada semua peserta atas komitmen yang ditunjukkan sepanjang bengkel. Beliau berharap agar ilmu, pengalaman dan kemahiran yang diperoleh dapat diterjemahkan melalui pelaksanaan program-program berimpak tinggi di kampus serta melahirkan pemimpin belia yang berwibawa, berintegriti dan mampu menjadi agen perubahan kepada masyarakat.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta sebagai penghargaan atas penglibatan aktif sepanjang program. Bengkel ini diharapkan menjadi platform terbaik dalam memperkukuhkan jaringan Sekretariat Rakan Muda IPT di seluruh Negeri Kelantan dan Pahang serta meningkatkan keupayaan pemimpin mahasiswa dalam merancang dan melaksanakan program yang memberi manfaat kepada mahasiswa dan komuniti.
Turut hadir ialah Encik Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Disediakan oleh: Urus Setia Media Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
belia.my
