- JBS Kelantan
- Hits: 40
JBS Negeri Kelantan Sampaikan Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda di Persidangan Kebangsaan Dewan Siswa Guru
- JBS Kelantan
- Hits: 40
KOTA BHARU, 19 Julai – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) telah dijemput menyampaikan taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) sempena Persidangan Kebangsaan Dewan Siswa Guru yang berlangsung di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu, Kelantan.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Asnita binti Azmi, Pegawai di Bahagian (Rakan Muda), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Sesi perkongsian memberi penerangan mengenai pelaksanaan ARPRM sebagai program pembangunan belia yang memberi penekanan kepada pembentukan sahsiah, kepimpinan, kesukarelawanan, rekreasi fizikal, pengembaraan dan kemahiran.
Selain itu, para peserta turut didedahkan dengan syarat penyertaan, kaedah pelaksanaan serta faedah yang diperoleh melalui penglibatan dalam ARPRM. Taklimat ini diharap dapat meningkatkan kefahaman dan menggalakkan penyertaan siswa guru dalam program Rakan Muda sebagai medium pembangunan potensi belia.
Program ini mencerminkan komitmen Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dalam memperluaskan promosi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) serta memperkukuh kerjasama strategik bersama institusi pendidikan dalam melahirkan generasi belia yang aktif, berdaya saing dan berjiwa kepimpinan.
#TeamKBS #TeamJbsn #RakanMuda #RakanEkspresi #YakinBoleh
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
Rakan Muda
JBSNegara
