Lawatan Kunjungan Hormat Kolej Vokasional Bachok ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Kota Bharu, 27 Julai 2026– Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kolej Vokasional Bachok yang diketuai oleh Jawatankuasa Innovation, Invention, Research and Design Challenge (IIRDEC) 2026 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Delegasi Kolej Vokasional Bachok yang hadir terdiri daripada:
1. Cik Norshamzulawati binti Mat Nor
– Ketua Jabatan Penyelidikan & Inovasi.
2. Puan Noor Hayati binti Daud
– Ketua Jabatan Komunikasi Korporat.
3. Tuan Haji Nazrin bin Mat Nasir
– Penyelaras Teknikal IIRDEC'26.
4. Puan Siti Roslida binti Muhammad Yusof
– Penolong Penyelaras IIRDEC'26.
5. Puan Nur Hifzan binti Mohd Noor
– Penyelaras Fun Walk.

Delegasi tersebut telah disambut oleh Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir ialah Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan JBS Negeri Kelantan, Encik Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Rakan Muda, serta kakitangan Bahagian Sukan dan Bahagian Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Lawatan ini bertujuan memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak serta membincangkan peluang kolaborasi dalam menjayakan Program Fun Walk IIRDEC 2026 yang bakal diadakan sempena Hari Terbuka Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Kolej Vokasional Bachok.

Antara perkara yang dibincangkan ialah cadangan penglibatan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan sebagai rakan strategik program, kerjasama bersama Rakan Mahir dalam pelaksanaan Fun Walk, penglibatan komuniti, belia, pelajar serta agensi kerajaan. Selain itu, perbincangan turut menyentuh aspek pengurusan acara, promosi, keselamatan, penyelarasan teknikal dan usaha memperluaskan penyertaan masyarakat.

Perbincangan yang berlangsung dalam suasana mesra dan konstruktif itu membuka ruang kepada perkongsian idea dan kepakaran bagi memastikan penganjuran Fun Walk IIRDEC 2026 dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik, inovatif dan berimpak tinggi. Kedua-dua pihak turut menyatakan komitmen untuk menjalin kerjasama yang lebih erat dalam memperkasakan pembangunan belia, menggalakkan budaya inovasi serta membudayakan gaya hidup sihat melalui penganjuran program berkualiti.

Kepada semua peminat program larian, nantikan sesuatu yang istimewa bakal dibawakan menerusi kolaborasi ini! Fun Walk IIRDEC 2026 dijangka tampil dengan konsep yang lebih segar dan menarik, menawarkan pelbagai pengisian seperti aktiviti sampingan, pameran inovasi, cabutan bertuah serta penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Program ini bukan sahaja menggalakkan amalan gaya hidup sihat, malah menjadi platform memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan, agensi kerajaan, komuniti dan sektor swasta.
Orang ramai disaran untuk terus mengikuti hebahan rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta Kolej Vokasional Bachok bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai tarikh pendaftaran, laluan Fun Walk dan pelbagai pengumuman menarik yang akan dikongsikan dari semasa ke semasa.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan berharap kolaborasi strategik ini akan menjadi pemangkin kepada penganjuran program yang lebih berkualiti, inovatif dan berimpak tinggi, seterusnya menyumbang kepada pembangunan belia serta kesejahteraan komuniti selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search