- JBS Kelantan
- Hits: 40
SERLAH BAKAT AEROBIC DANCE, D BEATS CREW UNGGUL JUARA PERTANDINGAN AEROBIC DANCE PERINGKAT NEGERI KELANTAN
- JBS Kelantan
- Hits: 40
KOTA BHARU, 22 Ogos 2026 – Sebanyak 11 pasukan berentap dalam Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 yang berlangsung meriah di Dewan Wawasan, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, hari ini. Pertandingan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Persatuan Kecergasan Malaysia (MAFA) dan Kelab Aerodance Dinamik itu menjadi platform bagi mengetengahkan bakat, kreativiti serta kecergasan fizikal peserta menerusi persembahan yang bertenaga, kemas dan penuh semangat berpasukan.
D Beats Crew dinobatkan sebagai juara selepas berjaya menampilkan persembahan yang mantap dan meyakinkan, sekali gus membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta medal. Tempat kedua pula menjadi milik D Bess Crew yang menerima RM800 dan medal, manakala Eastern Wolvers melengkapkan kelompok tiga terbaik dengan meraih RM600 berserta medal.
Kejayaan D Beats Crew turut membawa makna lebih besar apabila pasukan berkenaan bakal mewakili negeri Kelantan ke Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Kebangsaan yang dijangka berlangsung pada November 2026. Pencapaian tersebut diharapkan menjadi suntikan semangat kepada pasukan yang mewakili Kelantan untuk terus mempertingkatkan prestasi, memantapkan teknik serta membuat persiapan rapi bagi menghadapi cabaran di peringkat kebangsaan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir YBrs. Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan JBSNK, serta Encik Nik Shawandi bin Mohamad, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid (Sukan), Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.
Hadir sama Dr. Haji Mardian Shah bin Omar, Timbalan Presiden Persatuan Kecergasan Malaysia (MAFA) merangkap Ketua Juri, selain barisan juri, pegawai-pegawai dan urus setia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada D Beats Crew atas kejayaan meraih gelaran juara. Semoga wakil Kelantan terus tampil dengan persembahan terbaik dan mengharumkan nama negeri di pentas kebangsaan nanti.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
