- JBS Kelantan
- Hits: 26
PERBINCANGAN PBSD MACHANG BERSAMA PEMIMPIN ARPRM SM SAINS MACHANG
- JBS Kelantan
- Hits: 26
MACHANG, 23 Ogos 2026 – Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang dan Encik Zaharuddin bin Zainal, Pegawai Pebangunan Rakan Muda Daerah telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama Encik Muhammad Fazli bin Mat Zin, Pemimpin Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Sekolah Menengah Sains Machang, pada 23 Ogos 2026 bertempat di Sekolah Menengah Sains Machang.
Perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada penglibatan serta penyertaan pelajar SM Sains Machang dalam program ARPRM, termasuk perkembangan penyertaan, penglibatan aktif pelajar serta usaha memperkukuh pelaksanaan program dalam kalangan warga sekolah.
Sesi perbincangan turut menjadi platform untuk bertukar pandangan dan mendapatkan maklum balas berkaitan pelaksanaan aktiviti ARPRM di sekolah, di samping mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi memastikan pelajar terus mendapat peluang untuk mengembangkan potensi diri melalui aktiviti kepimpinan, kesukarelawanan dan pembangunan sahsiah.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang amat menghargai kerjasama serta komitmen Encik Muhammad Fazli bin Mat Zin selaku Pemimpin ARPRM dalam membimbing dan menggalakkan penglibatan pelajar SM Sains Machang dalam program-program pembangunan belia.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
