- JBS Kelantan
- Hits: 40
PROGRAM GAYA HIDUP KELAB RAKAN MUDA @ PARLIMEN GUA MUSANG TAHUN 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 40
GUA MUSANG, 20 Ogos 2026 – Program Gaya Hidup Kelab Rakan Muda @ Parlimen Gua Musang Tahun 2026 telah berlangsung pada 19 Ogos 2026 bertempat di Hotel Denai, Gua Musang dengan penyertaan seramai 30 orang peserta.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Bandar Gua Musang ini bertujuan memberi pendedahan, meningkatkan pengetahuan serta membangunkan kemahiran golongan belia dalam mengamalkan gaya hidup yang positif di samping memanfaatkan teknologi dan platform digital secara berkesan.
Program ini turut menjadi medium untuk menggalakkan penglibatan aktif belia dalam aktiviti pembangunan diri, pembelajaran, kerjaya dan keusahawanan digital selaras dengan keperluan serta perkembangan semasa.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Muhammad Zaidatul Azizi bin Mohd Zaidatul Azman, yang mewakili Yang Berhormat Mohd Azmawi Fikri bin Haji Abdul Ghani, ADUN Nenggiri merangkap Yang Dipertua Majlis Belia Jajahan Gua Musang.
Program yang dilaksanakan sehari ini merangkumi dua elemen utama iaitu Rakan Digital dan Rakan Mahir. Menerusi elemen Rakan Digital pada slot pagi, peserta mengikuti Bengkel AI untuk Produktiviti dan Literasi Digital yang memberi pendedahan berkaitan penggunaan kecerdasan buatan (AI) secara berkesan dalam pembelajaran, produktiviti dan kehidupan seharian.
Manakala pada slot petang, peserta mengikuti elemen Rakan Mahir menerusi Bengkel Keusahawanan Digital: Jana Pendapatan Melalui Platform Digital. Bengkel ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas keusahawanan serta kaedah memanfaatkan platform digital sebagai medium untuk mengembangkan potensi dan menjana pendapatan.
Pelaksanaan program ini diharapkan dapat memperkasa golongan belia dengan pengetahuan dan kemahiran digital serta keusahawanan, seterusnya melahirkan belia yang lebih kreatif, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
