- JBS Kelantan
- Hits: 33
DEKATI BELIA, DARI BELIA UNTUK BELIA PERINGKAT DAERAH JELI 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 33
JELI, 18 Ogos 2026 — Program Dari Belia Untuk Belia Peringkat Daerah Jeli telah berlangsung dengan jayanya pada 15 Ogos 2026 bertempat di Dewan KESEDAR, Kampung Sungai Satan, Jeli, dengan penyertaan seramai 53 orang peserta. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia berhubung penglibatan mereka terhadap isu-isu sosial yang berlaku di sekeliling.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli ini menghimpunkan golongan belia dari sekitar Kampung Sungai Satan dan Ayer Lanas. Pengisian program merangkumi dua slot ceramah, iaitu taklimat oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Jeli bertajuk “Ancaman Dadah Terhadap Belia” serta taklimat daripada Polis Diraja Malaysia (IPD Jeli) bertajuk “Ancaman Keselamatan Negara Masa Kini”.
Pendekatan ini bukan sahaja menjadikan sesi perkongsian lebih berinformasi, malah memberi input berguna kepada para peserta bahawa belia masa kini lebih terdedah kepada ancaman dadah dan keselamatan. Penganjuran program seumpama ini juga bertujuan memperkukuh jaringan hubungan antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli dengan pemimpin belia setempat, selain memperluaskan konsep turun padang.
Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh DSP Mohd Shamsuri bin Mohd Zain, Timbalan Ketua Polis Daerah Jeli. Turut hadir ialah YBrs. Encik Supian bin Hassan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli.
Diharapkan ilmu dan perkongsian yang disampaikan sepanjang program ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta bagi melahirkan masyarakat yang bebas daripada sebarang ancaman yang menggugat moral dan keamanan negara.
Di sediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
#Taufiq Johari
#Mordi Bimol
#Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
#KBSMalaysia
#JBSNegara
#belia.my
