LAWATAN TAPAK PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH MACHANG KE PONDOK HIDAYAH BAGI PERSIAPAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DAERAH MACHANG 2026

MACHANG, 20 Ogos 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang telah mengadakan lawatan tapak ke Pondok Hidayah, Machang pada 19 Ogos 2026 sebagai persediaan awal bagi pelaksanaan Program Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Machang 2026.

Lawatan tersebut diketuai oleh Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, bersama Encik Zaharuddin bin Zainal, Pegawai Pembangunan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang.

Lawatan ini bertujuan meninjau kesesuaian lokasi serta membuat persiapan berkaitan pelaksanaan program yang bakal menghimpunkan masyarakat setempat dalam pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan sempena sambutan Hari Sukan Negara 2026.

Selain menilai aspek kesesuaian tapak, lawatan tersebut turut memberi ruang kepada pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang untuk mengenal pasti keperluan dari segi kemudahan, susun atur lokasi, keselamatan serta kelancaran perjalanan program.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang komited memastikan persiapan rapi dilaksanakan bagi menjayakan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Machang 2026 serta menjadikan program tersebut sebagai wadah untuk mengeratkan hubungan antara agensi, komuniti dan masyarakat setempat melalui aktiviti sukan.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search