- JBS Kelantan
- Hits: 40
LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK AGROBELIA LESTARI KELAB BELIA BANDAR MACHANG
- JBS Kelantan
- Hits: 40
MACHANG, 19 Ogos 2026 — Satu lawatan pemantauan Projek Agrobelia Lestari Kelab Belia Bandar Machang telah diadakan pada 18 Ogos 2026 bertempat di Kampung Joh, Machang.
Lawatan tersebut telah diketuai oleh Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, bersama Encik Mohd Zul Izudin bin Samat, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang.
Lawatan pemantauan ini bertujuan meninjau perkembangan pelaksanaan Projek Agrobelia Lestari yang dilaksanakan oleh Kelab Belia Bandar Machang, di samping memastikan aktiviti dan pengurusan projek berjalan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
Program ini turut menjadi platform untuk pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang mendapatkan gambaran secara langsung mengenai kemajuan projek serta mengenal pasti keperluan dan ruang penambahbaikan bagi memastikan projek dapat dilaksanakan secara berkesan dan berterusan.
Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang merakamkan penghargaan kepada Kelab Belia Bandar Machang atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan Projek Agrobelia Lestari. Usaha berterusan seperti ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai belia yang aktif, berdaya saing dan mempunyai semangat keusahawanan dalam bidang agro.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
