- JBS Kelantan
- Hits: 48
PERBINCANGAN PELAKSANAAN PROGRAM KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT DAERAH MACHANG 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 48
MACHANG, 19 Ogos 2026 – Satu perbincangan berkaitan pelaksanaan Program Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Machang 2026 telah diadakan pada 16 Ogos 2026 bertempat di Pejabat Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Machang (PPD Machang).
Perbincangan tersebut melibatkan Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, bersama Encik Johan bin Mohd Jahan, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Machang.
Turut hadir ialah Encik Mohd Zul Izudin bin Samat, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah, serta Encik Zaharuddin bin Zainal, Pembantu Belia dan Sukan Daerah.
Perbincangan ini memberi tumpuan kepada aspek pelaksanaan program, termasuk perancangan aktiviti, penglibatan golongan belia serta kerjasama strategik antara pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang dengan Pejabat Pendidikan Daerah Machang bagi memastikan program dapat dilaksanakan dengan teratur dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Program Kem Belia @ Rakan Prihatin diharapkan dapat menjadi platform yang berkesan dalam membentuk generasi belia yang prihatin, bertanggungjawab, berdaya saing serta aktif menyumbang kepada pembangunan komuniti dan masyarakat setempat.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
