- JBS Kelantan
- Hits: 10
LAWATAN TAPAK UNTUK PROGRAM KEM BELIA@ PRIHATIN PERINGKAT DAERAH JELI 2026 DI MRCC
- JBS Kelantan
- Hits: 10
JELI, 4 Ogos 2026, –Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli telah mengadakan lawatan tapak di Machang Riverview Camsite & Chalet (MRCC) pada 2 Ogos 2026, sebagai persediaan pelaksanaan Program Kem Belia@ Prihatin Peringkat Daerah Jeli 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 28-30 September 2026. Lawatan ini bertujuan meneliti keperluan logistik, kemudahan serta penyelarasan program bagi memastikan penganjuran berjalan lancar.
Lawatan tersebut diketuai oleh YBrs. En. Supian bin Hassan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli. Turut hadir ialah YBrs. Muhamad Amin Nasrin bin Mohd Lotfi, Pengurus MRCC dan YBrs. Raja Harris Aiman bin Raja Kamarulzaman, Penolong Pengurus MRCC.
Antara perkara yang dibincangkan ialah penetapan lokasi program, kemudahan yang disediakan, penginapan peserta, makan minum, atur cara majlis perasmian serta aspek teknikal pelaksanaan kem yang akan melibatkan seramai 50 orang peserta.
Objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia berhubung matlamat hidup dan tanggungjawab terhadap diri, keluarga, agama, bangsa dan negara serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia berhubung bahaya dan kesan gejala sosial dan jenayah kepada belia.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli berharap Kem ini akan memberi manfaat kepada peserta serta dapat melahirkan belia yang kritis, kreatif dan berjiwa besar serta berbakti kepada komuniti.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
#Taufiq Johari
#Mordi Bimol
#Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
#KBSMalaysia
#JBSNegara
#belia.my
