PERTANDINGAN LUMBA KAYAK (SPRINT 100 METER)

KOTA BHARU, 1 Ogos 2026 – Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK), En. Hazri Nizam bin Zakaria telah hadir menyempurnakan majlis penyampaian cek cura Dana Sukan Komuniti berjumlah RM7,000.00 kepada Kelab Berkayak Warisan Lagenda (KBWL) sempena penganjuran Pertandingan Lumba Kayak (Sprint 100 Meter) yang berlangsung di Sungai Pengkalan Datu, Min House Camp.

Penyerahan dana ini merupakan sokongan Kementerian Belia dan Sukan melalui Dana Sukan Komuniti bagi memperkasa penganjuran program sukan berasaskan komuniti, di samping menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti rekreasi dan sukan air.

Dalam ucapannya, En. Hazri Nizam bin Zakaria berharap agar bantuan yang disalurkan dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi memastikan penganjuran pertandingan berjalan lancar serta menjadi platform mencungkil bakat baharu dalam sukan berkayak.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan sentiasa komited menyokong pembangunan sukan komuniti melalui kerjasama erat bersama pertubuhan dan kelab sukan dalam melahirkan masyarakat yang aktif, sihat dan berdaya saing.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-08-2026, 16:52:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search