MOBIL LEGENDS SATUKAN BELIA MELALUI SEMANGAT E-SUKAN

TUMPAT, 29 Julai 2026 – Kejohanan E-Sports Mobile Legends telah berlangsung pada 25 Julai 2026 bertempat di Dewan Masjid SBJ Putra, Pasir Pekan dan mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti belia dengan penyertaan sebanyak 16 pasukan yang mempamerkan aksi kompetitif, strategi permainan serta semangat kesukanan yang tinggi.

Program Teraju Muda Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat ini bertujuan menyediakan platform kepada golongan belia untuk mengembangkan bakat dalam bidang e-sukan di samping memupuk nilai komunikasi, disiplin dan kerja berpasukan.
Sepanjang kejohanan berlangsung, setiap pasukan mempamerkan prestasi cemerlang dalam usaha merebut gelaran juara. Sorakan para penyokong turut menyemarakkan suasana pertandingan, sekali gus membuktikan bahawa e-Sukan semakin mendapat tempat dikalangan golongan muda sebagai aktiviti sukan pilihan mereka. Pertandingan e-Sukan seperti Mobile Legends juga menjadi medium untuk mencungkil bakat baharu.

Selain menggalakkan persaingan sihat, kejohanan ini turut menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan belia daripada pelbagai latar belakang serta meningkatkan kemahiran membuat keputusan, pengurusan tekanan dan kerjasama berpasukan.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sijil penyertaan oleh Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat kepada pasukan-pasukan pemenang sebagai penghargaan atas komitmen, disiplin dan prestasi cemerlang yang ditunjukkan sepanjang kejohanan berlangsung.

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkukuh pembangunan e-sukan serta melahirkan lebih ramai atlet e-sukan yang berbakat.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-08-2026, 16:52:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search