PBSD BACHOK MERIAHKAN KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI PPD BACHOK 2026

BACHOK, 31 JULAI 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bachok dengan kerjasama Majlis Belia Jajahan Bachok telah menyertai Karnival Pendidikan MADANI PPD Bachok 2026 yang berlangsung pada 25 Julai 2026 (Sabtu), dari 8.00 pagi hingga 4.30 petang di Dewan Beyond Arena, PPD Bachok baru-baru ini.

Penyertaan ini bertujuan memperkenalkan program-program pembangunan belia, memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik serta mendekatkan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan kepada warga pendidik, pelajar dan masyarakat setempat.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok diwakili oleh Puan Azma binti Yahya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok, serta Encik Abd Aziz bin Noor, Pegawai Rakan Muda Daerah Bachok. Kehadiran mereka bersama Majlis Belia Jajahan Bachok mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasakan pembangunan belia dan menyokong aspirasi Malaysia MADANI melalui penglibatan aktif bersama komuniti.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh 

Taufiq Johari 
Mordi Bimol 
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara 
Rakan Muda 
KBSMalaysia

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-08-2026, 16:52:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search