BOLA JARING DAERAH BACHOK BERJAYA RAIH TEMPAT KETIGA

BACHOK, 31 JULAI 2026 – Pasukan bola jaring Daerah Bachok berjaya mengharumkan nama daerah apabila meraih tempat ketiga dalam Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 yang berlangsung pada Jumaat, 24 Julai 2026, bermula 8.00 pagi di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan baru-baru ini.

Kejayaan ini mencerminkan semangat juang, disiplin dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh para pemain sepanjang kejohanan. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok, Puan Azma binti Yahya, merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh pasukan atas pencapaian membanggakan ini serta berharap kejayaan tersebut menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan bola jaring di daerah Bachok.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada barisan jurulatih, pengurus pasukan dan semua pihak yang telah memberikan sokongan padu sehingga pasukan berjaya menamatkan kejohanan di tempat ketiga. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai atlet muda untuk terus cemerlang di peringkat yang lebih tinggi.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh 

Taufiq Johari 
Mordi Bimol 
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara 
Rakan Muda 
KBSMalaysia

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-08-2026, 16:52:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search