- JBS Kelantan
- Hits: 20
WADAH ASPIRASI MASA DEPAN: MPBN DAERAH BACHOK 2026 HIMPUN PEMIMPIN BELIA TEMPATAN
- JBS Kelantan
- Hits: 20
BACHOK, 31 Julai 2026 – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Bachok bagi tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Julai 2026 yang lalu bertempat di Bilik Gerakan, Majlis Daerah bachok Bandar pelancongan Islam. Persidangan ini menjadi platform berprestij dalam memperkasakan suara serta agenda pembangunan belia di peringkat setempat.
Majlis perasmian persidangan ini telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Ketua Jajahan Bachok, Puan Masleza binti Muhammad. Turut menyerikan sidang wacana ini ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok, Puan Azma binti Yahya bersama-sama dengan Pengerusi Majlis Belia Jajahan Bachok.
Penganjuran MPBN peringkat daerah ini merupakan satu persidangan strategik antara pihak pentadbiran kerajaan dan kepimpinan belia. Ia bertujuan untuk merangka hala tuju, membincangkan isu-isu semasa, serta membawa usul berimpak tinggi demi kemajuan komuniti belia di seluruh jajahan Bachok.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
