PASIR PUTEH A MUNCUL JUARA KEJOHANAN BOLA TAMPAR LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026

PASIR PUTEH, 27 JULAI 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh telah menghantar dua pasukan bagi menyertai Kejohanan Bola Tampar Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan 2026 pada 25 Julai 2026 yang lalu, yang berlangsung di Dewan Terbuka, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Kejohanan yang menghimpunkan sebanyak 20 pasukan mewakili setiap daerah di seluruh negeri Kelantan ini telah berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta serta penyokong.

Pasukan Pasir Puteh A berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir dan bertemu Pasir Mas B. Perlawanan berlangsung sengit apabila kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang bertenaga dan bersemangat tinggi. Namun begitu, Pasir Puteh A berjaya menewaskan Pasir Mas B dengan keputusan 31-27, sekali gus melayakkan diri untuk muncul sebagai juara kejohanan.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Di atas kejayaan tersebut, Pasir Puteh A membawa pulang wang tunai RM2,000, cek cura, sijil penyertaan dan pingat.

Kejayaan ini membuktikan komitmen Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh dalam memperkasakan pembangunan sukan komuniti serta mencungkil bakat atlet bola tampar.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-08-2026, 16:52:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search